The Jellikids - Kidswear

Custom made T-shirt

Friday, January 22, 2010

Tali melekit?

Mama sudah ke tempat kerja. Muya pagi-pagi lagi sudah dihantar ke taska. Tinggallah abahgirls bersama syasya di rumah meneruskan rutin kehidupan seperti biasa.


Syasya bangun agak awal hari ini. Mungkin kerana perlu ke tandas melepaskan hajatnya setelah berbotol-botol susu diminumnya semenjak malam tadi.


Syasya sekarang jarang-jarang dipakaikan lampin pakai buang kerana sudah boleh bangun sendiri untuk ke tandas. Namun, kadang-kala bocor juga...


Syasya pun sekarang sudah 'berani' untuk turun ke bawah seorang diri. Perasaan teruja menonton rancangan kartun kegemarannya (Little Einstein, Animal Mechanicals, Mickey Mouse Club House, Handy Manny dan yang terbaru Special Agent Oso) mengatasi perasaan takutnya.


Mungkin oleh kerana terlalu awal bangun dari tidur, rancangan-rancangan kegemaranya belum bermula. Oleh kerana kebosanan, syasya melakukan aktiviti-aktiviti lain.


Secara tiba-tiba syasya memanggil Abahgirls turun ke bawah kerana inginkan sesuatu. Syasya pun berkata, " Abah, ada tali tak? Syasya nak buat hadiah ni." Di tangan syasya kelihatan sekotak pensel warna yang dibalut dengan kertas warna merah. "Mana ada tali," kata Abahgirls. "Ada...Syasya nampak dalam beg abah", kata Syasya dengan bersungguh-sungguh.


"Syasya nak tali yang melekit tu, nak ikat hadiah ni", sambung Syasya. "Tali melekit? tali apa pulak ni?" Abahgirls bertanya kepada dirinya sendiri.


"Laaaa....tali melekit tu ke..? Hahaha!" Abahgirls tidak boleh menahan diri daripada ketawa. Syasya pun senyum tersipu-sipu.....






2 org tlh mmbaca & terasa gatal tgn lalu mengomen:

suez January 24, 2010 at 2:41 AM  

wakaka...
tapi apsal dlm beg abahgirls ada tali melekit tu ek?

abahgirls January 24, 2010 at 3:48 PM  

dalam beg abahgirls juga ada pensel, pemadam, pembaris, gunting dan pengasah pensel..lalala

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Brooklyn by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP