The Jellikids - Kidswear

Custom made T-shirt

Friday, May 28, 2010

Happy 4th Birthday Nur Batrisyia

alahai..dah 4 thn dah syasya abah...
dah semakin bijak....

dah boleh kira 1-100..
dah nak abis Iqra 1...
dah tak pakai puting (kengkadang mintak jugak..)
dah minum susu 456..
dah pandai eja ABAH, MAMA, SYASYA, MUYA, ATUK, NENEK, BAJU, BUKU, KAKI...dll..
dah bleh suruh buat macam2 (basuh botol susu sendiri, ambikkan itu dan ini...)

..semoga menjadi anak dan kakak yg baik..aminn..

Saturday, May 22, 2010

Marouane Chamakh - Welcome to Arsenal


Marouane Chamakh / January 10, 1984 / 1.85m / 70 kg / Forward


Note : bye-bye Cesc Fabregas

Wednesday, May 19, 2010

Mykid syasya dah siap

Sepatutnya pagi ni nak bawak syasya pi klinik ambik gas...semput datang lagi..
tapi bila dah makan ubat, nampak ok plak...

tengah bersiap-siap nak hantar syasya ke taska, tetiba teringat Mykid syasya...
rasanya dah lama sgt ni..takkan tak siap2 lagi..

lepas call JPN, mmg sah! dah siap...

syasya : abah, kita nak pegi mana? kelinik ye?
abahgirls : kita nak pegi jauh skit...ambik kad syasya..
syasya : abah, tak nak pegi kelinik, syasya dah baik..
abahgirls : nanti abah dengar kat blakang syasya, ade bunyi ke tak....


sesampainya kat JPN, cawangan Kajang...org x ramai...yesss..

Mykid kedua syasya, yg 1st dulu dah kene rembat...
tapi ade hikmahnya jugak...dapat tukar alamat Kajang, yg lama alamat Klang..

sebaik xde org...kalau org ramai tak sanggup
jugak nak bergambar kat sini..

sebelum balik, pekena dulu kat mamak..



Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru

cikgu A : Kenapa ni? muram je...

cikgu B : Ada parent nak saman aku la..

cikgu A : Kau buat ape kat anak dia ?

cikgu B : Dia biadap sangat, aku lempang la..geram betul..banyak kali dah aku warning... nak saman, saman la!

cikgu A : Apa parent dia cakap?

cikgu B : Dia suruhnya aku mintak maaf pada anak dia..mana boleh! Aku ni org tua..mana boleh aku mintak maaf pada dia, bedosa!

cikgu A : Kau rela kena saman....walaupun dengan hanya mintak maaf tu je..kau akan jadi lebih bahagia?

cikgu B : Aku rela, aku rela...mana boleh aku mintak maaf pada anak murid aku..dulu cikgu aku pun tak penah mintak maaf pada aku....cikgu pada cikgu aku pun tak penah mintak maaf pada cikgu aku....punya cikgu..macamana nak mintak maaf? Cikgu kepada cikgu kepada cikgu aku dulu, tak penah pun mintak maaf jumpa cikgu aku tu mintak maaf...lagi cikgu lagi kepada cikgu kepada cikgu, pangkat 3 cikgu, 4 cikgu..tak penah pun mintak maaf pada 2 cikgu..mana boleh... kami guru Malaysiaaaaaaaaaa..berikrar dan berjanjiiiiiiiiiii....

cikgu A : (stress rupanya dia ni...)



haha..lawak terbaekkk



Catatan : Terima kasih cikgu...

Tuesday, May 11, 2010

Koleksi Toys HappyMeal

Berbanding KFC , A&W...toys McD ni mmg jauh lebih best..
cantik, berkualiti, terkini dan agak tahan lasak...

membuatkan abahgirls teruja untuk simpan buat koleksi...
syasya bukannya sgt minat pun..maybe ni semua toys utk boy hehe..

sebahagian daripada koleksi yg ada..

terlepas la nak kumpul koleksi Kungfu Panda tu dulu..

mari kita kumpul semua !



Monday, May 10, 2010

For Sale !

Saiz : XXL
Harga : masih difikirkan..
Ciri-ciri istimewa :
- cotton jenis murah (4 hinggit semeter)
- boleh dipakai depan atau belakang
- tiada jahit tepi
- jahitan di pinggang agak kelakar
- dijahit oleh tailor yg 1st time menjahit seluar :)


Catatan : TQ tailor..adakah ini hadiah birthday saya? hehe..tapi mmg selesa...cuba lagi....jgn putus asa..pasni try buat baju plak..

Sunday, May 9, 2010

Kali ini videography plak

2 thn lepas..sesi photography

baru kejap tadi...videography plak...
same place..

Friday, May 7, 2010

32

Wednesday, May 5, 2010

Ke Klinik Kesihatan

Dari semalam mmg dah rasa lain macam je badan ni...sengal2..
tekak plak tak baik2....mata macam berair je..sakit mata ke ni?

Maka sepagi subuh abahgirls bergegas ke klinik kesihatan berdekatan...
saja datang awal, takut kang ramai org...

Sampai2 sana, klinik blom bukak, org pun xde..cantekk..

dlm 7.30 pg, pintu klinik dibukak, tapi sebelum tu dah ramai org beratur kat luar klinik..

no. 1 tu..hehe..masa nombor dipanggil utk register,
rasa cam bangga plak dan cam nak lambai2 tangan je kat semua org kat situ..heheh

inilah obat2nya...botol besar ubat batuk, botol kecik ubat sakit mata,
yg biru antibiotik, pil kecik ubat selsema, pil besar panadol...

dan yang paling penting yang ni..hehe

Yes! takyah pegi keje pagi-pagi....takyah blaja buat benda yg dah tau...

Tuesday, May 4, 2010

Kene pergi jugak ke?

Suatu hari, setibanya abahgirls di tempat keje, ada tangan mengulurkan satu surat...

Raja : Macha...ini ada surat, kasi sain kat buku ni...
abahgirls : Surat apa ni?
Raja : Biasalah....

Asas Pembinaan Blog??


Maka, abahgirls pun membelek-belek la surat itu..
adeh....kene datang keje pagi plak esok....


Sekali, penyelaras program rupanya tengah duduk depan tu...

abahgirls : Kak, nak mintak pengecualian esok boleh ke?
Penyelaras : Kenapa plak?
abahgirls : Saya dah terer tau dah buat blog....
Penyelaras : Tak bole la..,semua WAJIB hadir...
abahgirls : Iyelah...(rosak program den nak berlari atas treadmill esok..)

Saturday, May 1, 2010

Laa..Muya pun sama ke..?

Apa yang sama??

Abahgirls penah cite kat blog lama pasal syasya dan gaya tidurnya kat sini..

Rupa-rupanya...muya pun tido dgn gaya yang sama....alahai muya abah...

gaya tangan terpele'ot...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Brooklyn by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP