The Jellikids - Kidswear

Custom made T-shirt

Monday, September 15, 2014

Pindah lagi

abahgirls.blogspot.com akhirnya telah dihentikan operasinya oleh kerana beberapa faktor:

a. abahgirls dah dapat baby boy
b. baby boy tu boy bukan girl
c. kalau dah boy, takleh la guna abahgirls lagi 
d. semua di atas

oleh kerana blog abahgirls telah ditutup, maka blog baru telah diwujudkan menggantikan yang lama..

sehubungan dengan itu, abahgirls?? telah mencadangkan kepada diri sendiri beberapa tajuk yang sesuai untuk blog yang baru tersebut, diantaranya :

a. macam abah dengan anak-anaknya
b. the girls and their macho dad with their cute lil brother
c. Three Girls, 2 Guy and The Emirates Stadium

akhirnya, abahdiorang telah dipilih...dengan masih mengekalkan konsep yang lama bertemakan " masih blog syok sendiri.."

Tuesday, April 8, 2014

Mengambing

Lapaaaq....wat tu it?

satay? baru 2 hari lepas pekena satay willy...

steamboat down town jln reko? ujan..mesti meja kerusi habis basah..

mama nak masak? macam malas je nampaknya tu...

klah..biar abah kau ni je yg masak...
masak ape? jeng jeng...."Smoking Hot Lamb Chop with Curly Fries"

"sape nak makan kambing angkat tangan.." " saya! saya!"

Daging kambing sekilo  : RM18..
Bahan-bahan marinate  : RM10..
Riak muka syasya bila tau abah nak masak lamb chop : Priceless

kambing telah siap diperap dengan 13 rempah rahsia..
terdapat juga di situ beberapa daging hotdog...

 bau yang semerbak...

siap dihidang, sedia dimakan..

 lepas tu post kat FB dengan caption : "Syasya saje je nak bagitau, ni abah saya yang masak.. :P"


mama : ala...mama tak makan kambing..
abah : takpe mama, abah dah sediakan makanan lain utk mama..sgt lazat dan cepat dimasak..

nin dia!..pilih nak kari ka nak tom yam.. :)))))




Monday, April 7, 2014

Muya dah 4 bulan jadi student.. :)

Hoi ! Lamanya tak update blog....password pun dah hampir terlupa..kikiki (ni cara gelak terbaru utk blog)

Cerita pertama utk 2014....
Muya dah masuk skolah....dah bosa anak den lagi sorang ni...

Tadika muya ni sama skolah dgn kakak..senang...sekali hantar, sekali ambik...

Jgn tertipu dengan senyuman ini..2 minggu air mata membasahi pipi
tiap kali abah start moto meninggalkan beliau



Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Brooklyn by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP